Pengertian Kebajikan Dan Dosa
Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya.Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda
baginda:Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa
adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau
sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.
Huraian Hadith:
1. Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan
titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan
nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan
menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan
dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari
memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang
telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang
maksudnya: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan
sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari
kesalahan tersebut)."
3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
Semoga istigfar menjadi rutin
bagi kita sebagaimana rutin Nabi kita. Beliau dalam sehari lebih dari
tujuh puluh kali beristigfar.
3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
عن أنس رضي الله عنه یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت ذنوبك عنان السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Allah
subhanahu wa ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau
memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampunkan apa yang
telah kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu
setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku akan
Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa
kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa
menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu
dengan ampunan sebesar itu pula.”
(HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.”)
Pengampunan Dosa
Seberapa pun besar dosa
seseorang Allah menjanjikan keampunan jika mahu beristigfar. Keampunan
Allah akan menyebabkan terhapusnya dosa. Terhapusnya dosa menyebabkan
terhindar dari azab dunia dan azab akhirat.
Siapa yang mahu beristigfar
ketika berdosa maka dosanya terhapus meskipun puluhan kali dia lakukan
tiap harinya. Dan dia terbebas dari predikat orang yang terus menerus
dalam dosa. Ini semua menunjukkan betapa besar dan luasnya rahmat Allah
pada hamba-Nya. Maka celakalah seorang hamba yang mengetahui luasnya
rahmat Allah namun dia tidak berusaha untuk meraihnya sehingga terhalang
dari rahmat-Nya.