..Aku ke ni??..(click utk lihat)

15 January 2015

Coretan buku ku...

Assalamualaikum w.b.t..  Coretan ku kali ini adalah untuk mereka yang bergelar lelaki.. Mungkin anda semua pernah merasai apa yang aku rase.. Mungkin juga akan terjawab segala kemusykilan yang bermain di kepala dan hati aku..

Pertama..

Hati.. Sememangnya aku jujur hidup kat dunia ni. Tapi, gangguan yang sering aku lalui disaat aku mula rase bahagia.. Benar kata hadis

" Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.” (HR Bukhari dan Muslim)

Ketika aku memikirkan kejahatan.. Aku mula rase diri aku berubah menjadi jahat.. Emmm.

Alangkah indah jika semua kebaikan aku dapat buat dengan sebaiknya..  Tp... Aku tak pernah putus asa untuk menjaga hati agar buat benda yang baik2..

Kedua...

Keikhlasan..  Sepatutnya semua tau, yang diri kita bukanlah bahan untuk diuji antara ikhlas or sebagainya.. Sebab  Seperti dalam satu hadis

Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya Allah S.W.T tidak melihat bentuk badan dan rupamu, tetapi Dia melihat / memperhatikan niat dan keikhlasan dalam hatimu.” (HR Muslim)

Bersambung.....

19 May 2014

Bersabarlah duhai hatiku

Apabila pena berhenti menulis,.. tangan kembali rehat kerana kepenatan.. setiap jari digerakkan untuk senaman ringan.. mata? minitis air dengan mengira kekesalan.. hati? menghitung angka dengan setiap kekecewaan.. fikiran?? tergangu dan bercelaru serta kaku.. Ramadhan, pergi dengan dengan penuh ujian.. syawal akan jelma dengan keserdahanaan.. #prayforMH17
#prayforGAZA
#prayforsabah
#PrayforMalaysia
#prayforISLAM
#prayforIMAN

30 November 2013

Siapakah kita dihadapan Allah????



Pengertian Kebajikan Dan Dosa


Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya.Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda:Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain.
 
Huraian Hadith: 
1. Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka. 2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."
3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.



عن أنس رضي الله عنه یقول: (( قال الله تعالى: یا ابن آدم، إنك ما دعوتني قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم ورجوتني غفرت لك، على ما آان منك، ولا أبالي. یا ابن آدم، لو بلغت  ذنوبك عنان السماء، ثم استغفرتني غفرت لك، یا ابن آدم، إنك لو أتيتني بقراب الأرض خطایا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لأتيتك بقرابها مغفرة )) رواه الترمذي وقال: حدیث حسن صحيح


Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
 
 “Allah subhanahu wa ta’ala berfirman, “Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampunkan apa yang telah kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.”

(HR. Tirmidzi, ia berkata, ”hadits ini hasan shahih.”)

Pengampunan Dosa

Seberapa pun besar dosa seseorang Allah menjanjikan keampunan jika mahu beristigfar. Keampunan Allah akan menyebabkan terhapusnya dosa. Terhapusnya dosa menyebabkan terhindar dari azab dunia dan azab akhirat.

Siapa yang mahu beristigfar ketika berdosa maka dosanya terhapus meskipun puluhan kali dia lakukan tiap harinya. Dan dia terbebas dari predikat orang yang terus menerus dalam dosa. Ini semua menunjukkan betapa besar dan luasnya rahmat Allah pada hamba-Nya. Maka celakalah seorang hamba yang mengetahui luasnya rahmat Allah namun dia tidak berusaha untuk meraihnya sehingga terhalang dari rahmat-Nya.

Semoga istigfar menjadi rutin bagi kita sebagaimana rutin Nabi kita. Beliau dalam sehari lebih dari tujuh puluh kali beristigfar.

05 March 2013

Antara cinta serta harapan..

Buah durian buah manggis,
Masak pula di kebun pak ali..
Usah dikenang usah ditanggis,
Benda yang lepas xkan kembali..

Kisah berlalu berabad dahulu, antara kisah yang jadi idamanku.. antara jiwa
Yang pernah bersatu dan akhirnya kekal menjadi kaku..
Semuanye kelam ibarat sentiasa malam, mana keluarga dan mana kawan kawan.. aku disini akhirnya merana satu badan..

Alahai, citer sudah basi dah hilang serinya.. kini melangkah ke jalan yang baru.. jalan yang menuju ke arah Allah yang satu..

Kini baru ku tahu jalan yang benar untuk menuju.. Alhamdulillah dia miliku.. wahai IMAN ku........

17 September 2012



Buat ape kita nak tukar bendera, sedangkan Jalur Gemilang ini lah kebanggaan kita ! SAPPORT MALAYSIA, AND SAPPORT JALUR GEMILANG !!!!!

31 July 2012

seperti baru semalam...

Seperti baru semalam melihat saat org kafankan beliau.

sayu dan hiba ketika mata mengalirkan derus air di saat engkau pergi wahai adik yg terakhir.
ramai sahabat-sahabat serta saudara maramu yang datang saat itu, tapi engkau tetap layu di atas bantal dengan mata tertutup serta terus senyum seperti engkau hanya tidur di ketika itu.

apabila selesai, ku lihat ramai yang menangis dan ingin menatapmu buat kali terakhir. tapi, hanya satu yang engkau pesan sebelum pergi. "jangan la menangis ketika mataku ini tidak mampu untuk membukanya lagi dan segeralah semua menjalankan kewajibpan kamu untuk Allah, kerana aku kini milik Allah selamanya.

12 May 2012

....LUAHAN SI IBU UTK ANAK....


Terbit matahari pagi, terdengar suara yang merdu mengalunkan bacaan Al-quran... Oh, anakku.. bertapa rindunya hati ibu kepada mu itu.... Setiap detik dan waktu, ibu tidak akan pernah melupakan berdoa agar kau bahagia disana.. ibu tau nak, kau telah berjaya di dunia ini dengan impian kau yang sempurna walaupon ada juga impian kau tidak kau perolehi dengan baik... Ibu juga tau wahai anakku, kau tabah dalam harungi setiap dugaan yang kau tempuh... teringat ibu ketika kau bertanyakan soalan kepada ibu, " ibu, jika adik kawin nanti ibu tinggal sama ya?, sebab calon adik ni baik orangya dan dia keje kerajaan ! haha sambil kau gelak...." itu lah adik, belum sempat kau gembira lama di dunia... tapi kau telah bahagia di sana.... Ya ALLAH, kau jagalah anakku ini sebagaimana kau menjagaku di dunia ini dengan baik.... Aminn......

*cerita ini telah ditukarkan panggilan EMAK kepada IBU....


-marilah kita sama-sama sedekahkan AL-Fatihah kepadanya, serta doakan agar Allah merahmati beliau disana... Insyaallah....


Beliau telah kembali ke sisi Allah pda subuh 6 j'akhir atau 27/04(jumaat).....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

singgahsana astaka

Radio buruk saya

Gegar Pantai Timur