..Aku ke ni??..(click utk lihat)

18 April 2012

Demi Allah, aku melepaskannya kejalanmu..

Petang di madinah, keadaan menjadi tenang selepas solat isyak.. Tapi, tiba-tiba dalam fikiran ingin mendoakan sesuatu.. dengan segera aku merapatkan tanganku lalu berdoa kepada Allah agar ini menjadi kekuatan pada semua yang berlaku.. dalam tidak sedar aku menangis bila menyebut namanya, kerana aku tau ia adalah sebaik-baik teman yang pernah muncul dikala doa ku kepada Allah sebelum ini.. Alangkah terkejut dengan pemergiannya kerana dia cukup sempurna dimata serta dihati jika sesiapa milihatnya.. "Ya Allah, sesungguhnya memang benar kata-kata mu.. ia akan muncul jika aku merayu padamu, tapi hanya aku yang leka serta alpa ketika itu.. "maafkan aku wahai Allah..

Tiba di Mekah, aku segera berada dihadapan ka'abah.. aku tidak terbayang bagaimana keadaan aku ketika itu yang tidak berhenti-henti mengucap syukur kepada Allah kerana menerima aku disini.. Aku tidak melepaskan peluang untuk beribadat sebaik mungkin, kerana ini lah harapan aku selama ini yang ingin menjadi hamba yang setia kepada penciptanya..

Di dalam bilik hotel, aku membaca nukilan kecil yang pernah aku tuliskan untuk berdoa kepada yang pernah mengirimkan doa kepada ku.. aku berdoa satu persatu agar tidak tertinggal walau satu pon.. Sangkaan aku hanya berdoa, tetapi dalam banyak2 doa itu,.. ada yang mengingatkan aku kembali pada seorang gadis.. Hatiku menjadi sayu tiba-tiba, aku terbayangkan wajahnya ketika ia senyum terlalu manis kepadaku dahulu.. Aku mendoakan untuknya sentiasa agar ia bahagia bersama-sama keluarga serta kehidupannya kini.. Sedang aku berdoa istikarah kepadanya, hatiku kembali tenang dengan setenangnya.. mungkin ini dinamakan Jodoh Milik Allah.. aku tau, amat sukar untuk aku menjadi miliknya kini.. apa yang aku harapkan agar menjadi milikku di Al Jannah Allah nanti.. Demi keizinan hanya tuhan ku Allah s.w.t..

Hari terakhirku di Kota Suci Mekah amat sayu, aku menatap ka'abah dengan tenang.. tanpa aku sedari, aku menitis air mata yang panjang dan harapan aku adalah ingin menjadi tetamu di sini lagi.. Insyaallah..

Sampai di tanah air, berita yang paling gembira aku dengar adalah ia akan bertunang bulan depan.. Sesungguhnya Allah memakbulkan doa hambanya, begitu lah yang aku harapkan untuk melihat kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah mereka..

Setiap waktu aku pasti berdoa agar Allah sentiasa bersama aku dikala aku lemah dan gembira.. kadang-kadang Allah temukan aku dengan sesuatu, aku mamfaatkan dengan sebaik mungkin agar ia tidak menjadi yang terakhir untuk aku laksanakan..

Hari berlalu dan terus berlalu.. ruangan sosial ku semakin menyepi dan terus menyepi kerana aku tau yang aku tidak layak untuk bersosial lagi.. Masa aku di tikar sejadah menjadi padat, aku lunaskan ape yang aku dah pernah tinggalkan dahulu.. Di saat manusia makin leka dengan kehidupan, aku mengambil peluang ini untuk bersama Allah bagi aku setiap nafasku hanya milik Allah..

Kepada u, Selamat Bertunang !.. i nak u tau, yang i gembira bila dengar berita ni.. Semoga u menjadi insan yang gembira dan sentiasa bersama Allah..

emmmm... tersedarku dari mimpi, rupanya aku berdoa untuk dia dalam mimpi.. ini lah dikatakan semuanya milik Allah dan sentiasa berdoa.. ia akan sentiasa menjadi doa harian kita.. Insyaallah..

Baik lah, DEMI ALLAH, AKU MELEPASKANNYA KEJALANMU.. semoga apa yang berlaku selepas ini adalah menjadi pentunjuk dan harapan kepada aku dan semua untuk meneruskan hidup.. Aminn...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

singgahsana astaka

Radio buruk saya

Gegar Pantai Timur