"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".
Seringkali
ak berniat untuk bertahajud pada malam hari, memohon segala hajat,
mengadu segala kekusutan kepada Yang Maha Mengetahui. Namun, seringkali
itu juga aku tewas dek segala pujuk rayu syaitan. Teringat aku pada
sepotong ayat yang disebut dalam kitabihil 'aziz. Wajah orang-orang yang
beriman jelas disebut dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud (pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka)....." (al-Fath : 29 )

Malunya
aku kepada Baginda s.a.w. Aku hanya seorang umat yang biasa tetapi
tidak mampu untuk bertahajud secara istiqamah, sedang baginda adalah
seorang pemimpin besar, seorang utusan Allah bagi melaksanakan misi
dakwah ke seluruh pelusuk alam.
Rasulullah
s.a.w. adalah seorang insan yang telah dijamin oleh ALLAH S.W.T. akan
masuk ke syurga. Baginda s.a.w. juga merupakan sebaik-baik manusia malah
digelar Sayyid al-Mursalin iaitu penghulu segala Rasul. Baginda
merupakan seorang insan yang maksum dan bebas dari sebarang bentuk dosa.
Walaupun dengan kedudukan baginda s.a.w.
yang sebegini sempurna tetapi baginda tetap bersungguh-sungguh dalam
mengerjakan solat Tahajjud sehingga bengkak-bengkak kakinya.
Isterinya `Aishah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah s.a.w. masih ingin bersusah payah melakukan ibadah tersebut sedangkan dia adalah seorang yang maksum. Kisah ini telah disampaikan oleh `Aishah r.a sendiri di dalam sebuah hadis:
Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. `Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.”

Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.
MARI KITA LIHAT
“Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat
Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga TUHANmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. –
al-Israa’ (17) : 79
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman
Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana)
sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN
mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang
berbuat kebaikan. Mereka
sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka
tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)”. – al-Dzaariyaat (51) : 15-18
“Sungguh
di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat
dari dalam. Kami bertanya: “Untuk siapa (kamar-kamar itu) Ya
Rasulullah.” Sabda baginda: “Kamar-kamar
itu ALLAH sediakan untuk orang yang memberi makan, melembutkan
perkataan, mengiringi puasa ramadan, menebarkan salam, dan asyik solat
malam di saat manusia lain terlelap tidur.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Bir wa al-Shalah, hadis no: 1907.
“Dan hamba-hamba (ALLAH)
al-Rahman (yang diredhai-NYA) , ialah mereka yang berjalan di bumi
dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan
yang selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka
(yang diredhai ALLAH itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada
TUHAN mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri”. – al-Furqaan (25) : 63-64
“Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan
ayat-ayat itu,
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan
menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji TUHAN mereka, dan
mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa
kepada TUHAN mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-NYA) serta
dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-NYA) ; dan mereka
selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI beri kepada
mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis
nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan
bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan”. – al-Sajdah (32) :
15-17
SENTIASA BERUSAHA KE JALANMU YA ALLAH...