..Aku ke ni??..(click utk lihat)

25 January 2012

Ibu.. ceritakan tentang dia kepada ku....


Nama aku arif.. aku dibesarkan dengan keluarga yang sederhana dan sentiasa disisih oleh masyarakat setempat.. kehidupan keluarga aku kurang bernasib baik dan sentiasa menjadi bahan ejekan rakan-rakan serta jiran yang hidup senang.. bermulanya aku dilahirkan, ibuku sering menangis akibat ejekan serta cemuhan daripada orang kampung.. bagi diri ini, ibu tidak bersalah atas melahirkan aku yang telah di anugerahkannya menjadi kurang upaya dan tidak mampu untuk melakukan sesuatu pekara dengan sendiri.. ibu amat menyayangiku seperti aku ini anak yang sempurna dimatanya.. aku juga menyayanginya seperti mana ia tidak memilih untuk terimaku sebagai anaknya..

"Ibu.. ceritakan tentang dia kepada ku.." Tiba-tiba aku dikejutkan ibu dari tidur.. Emmm..( rintihku ) Aku masih bermimpi tentang hal yang sama, adakah mimpi ini akan menjadi nyata atau sekadar mainan tidur ku semata-mata?.. Argh !.. hanya permainan tidur sahaja..

BooOomm... (bunyi bunga api tahun baru) waa.. tidak sangka orang yang kurang upaya seperti aku ini masih bernyawa pada tahun 2012.. Tapi, keadaan aku yang berumur 22tahun ni semakin hari semakin tidak berupaya dan bertenaga.. hanya bimbingan ibu sahaja yang menjadi aku kuat.. Ibu.. jika arif lelapkan mata untuk selamanya, arif ingin sentiasa berada di sisi ibu.. izinkan arif lepaskan nafas arif yang terakhir di atas riba ibu...

Dalam aku sedang berkhayal, aku dikejutkan dengan batuk ibu di tangga... Ibu makin dimamah usia.. batuk ibu juga makin teruk... hatiku ini kadang-kadang ingin membantu ibu, tetapi.. aku juga tidak mampu untuk melakukan sesuatu yang tidak dapat aku lakukan sendiri.. hanya tersenyum serta menjadi teman ibu bercakap jika mulutku ringan untuk bercakap apa-apa...

Hari terakhirku di riba ibu muncul jua... Doktor yang merawatku tidak mampu untuk menyambung nyawaku ku lagi.. hanya linangan airma ibu je yang dapat ku rasakan di muka ku kini... Ibu..ceritakan tentang dia kepada ku... ( pintaku ).. ibu menceritakan kembali cerita ketika berada di alam syurga... aku mendengarnya dengan penuh kesabaran dan senyum sentiasa untuk menarik perhatian ibu buat kali terakhir... tanpa ibu sedari, aku menhembuskan nafas yang terakhir di riba ibu.... aku melihat ibu yang terakhir sedang senyum kepadaku..... dan aku.............. terlelap untuk waktu yang lama.......... terima kasih ibu.................



07 January 2012

3 Pertanyaan


Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam, apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan;
  1. Kalau benar Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya?
  2. Apakah yang dinamakan TAKDIR?
  3. Kalau syaitan diciptakan daripada api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu? Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si pemuda itu dengan amat kuat.


Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa pak imam marah kepada saya?

Pak Imam: Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak tanyakan kepada saya.

Pemuda: Saya amat tidak faham..??
Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit dan pedih..!!
Pak Imam: Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda: Ya..!!

Pak Imam: Tunjukkan pada saya wujudnya sakit itu atau macam mana rupanya?
Pemuda: Tak boleh pak imam...!!!
Pak Imam: Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.

Pak Imam: Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda: Tidak..!!?
Pak Imam: Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda: Tidak..!!!?
Pak Imam: Itulah yang dinamakan TAKDIR!

Pak Imam: Terbuat daripada apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda: Kulit dan daging..!!
Pak Imam: Terbuat dari apakah pipi awak itu?
Pemuda: Kulit dan daging..!!?
Pak Imam: Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda: Sakit dan pedih..!!?
Pak Imam: Itulah...! Walaupun syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan, walaupun sama unsur asalnya..!!

Pemuda: Allahuakbar!


03 January 2012

Yang kekal abadi

Petang di sebuah cafe bandaraya.

Mat: dol !, apakah cita-cita ko selepas ini?

Dol : aku nak menjadi orang yang kaya raya di malaysia ni.. Biar orang tau siapa aku ni di malaysia ! (dengan nada yang megah ), bagaimana pula dengan ko mat? tak kan nak jadi pemandu je sampai bile-bile? gaji ko pon setahu aku baru RM800, sekarang ko bujang pon dah rase tak cukup nak makan dan pakai apatah lagi nak berbini nanti? bagi aku, simpan je angan-angan ko tu mat.. kalau aku dah kaya nanti, ko keje je dengan aku.. comform gaji ko naik...

Mat: besar cita-cita ko tu dol. aku ni dah tak setanding dengan ko lagi. aku rasa, lebih baik aku jadi pemandu sahaja untuk setakat ni..

Dol : ko tu la mat, setiap apa yang aku cakapkan semuanya ko bantah dan tak mahu.. sampai bila ko nak jadi kaya mat? hanya sekadar jadi pemandu orang van je mana cukup ko nak makan?.... silap-silap ko makan pasir je nanti.. berubahlah mat, jom ikut aku jadi kaya? !..

Mat: dol, aku bukannya tak nak menjadi kaya.. tapi, biarlah aku kaya di akhirat sahaja.. jika aku menjadi kaya di dunia, aku takut.. aku akan menjadi lalai untuk melakukan tanggungjawab aku sebagai manusia.. bagi aku, keje yang tidak seberapa ni lah sentiasa membuatku tenang dan mudah aku lakukan.. keje ini juga dapat aku mendekatkan diri kepada Allah dengan sentiasa berdoa supaya di tunjukkan aku jalan yang lurus..

Dol : aku tau la,.. aku pun orang islam juga... tapi, ko memang takde cita-cita ke?..  lagi satu, ko tak payah la nak sembang macam ustaz kat sini.. semua tu aku tau..

Mat: aku memang ada cita-cita,.. tapi, aku sentiasa kena usaha lebih untuk mengejar cita-cita yang hakiki aku ni.. aku harap ko faham maksud aku..

Dol : ko ni nak bermadah pulak dengan aku,.. citer je la.. tadi beria-ria sangat nak tau cita-cita aku,.. sekarang nak berahsia pulak..

Mat: bukannya macam tu,.. emm.. baiklah,.... cita-cita aku ingin menjadi salah sorang penghuni syurga Allah.. itu sahaja..

Dol : ko jangan berangan la mat !.. aku tau baik buruk ko tu..! hahahaha (sambil gelak..)

Mat: tidak mengapa lah.. eh,! aku dah kena balik hantar van ni ke office, nanti kita jumpa lagi ye? air ni semua aku dah bayarkan... terima kasih la sebab temankan aku borak-borak hari ni.. sebelum aku pergi, aku mintak maaf la atas semua dosa-dosa aku dekat ko ye dol?... aku dah lewat ni, ok lah.. Assalamualaikum...

Dol : oii.. tak kan la dah nak balik?!, emm..yela.. yela.. terima kasih mat.. ! jumpa lagi nanti, kalau tak kat dunia, kat syurga ko tu nanti... hahahaha (sambil gelak)

selangkah je mat keluar dari cafe untuk menuju ke van nya...

tiba-tiba........

bOooooOOooMmmm!!!!

dol memalihkan mukanya ke arah luar dan mendapati mat melayang ke udara... suasana di dalam cafe menjadi cemas dan kelam kabut... ada yang menangis dan ada juga yang berlari keluar bagi memberikan pertolongan..

dol merapatkan diri dan memangku kepala mat yang penuh dibasahi darah yang pekat... situasi di tempat kejadian amat lesu seperti berada di tanah perkuburan... orang ramai menjadi kaku tanpa sebarang suara.....

akhirnya dol bersuara...

Dol : mat..!! bangunlah,.... aku tak sanggup melihat ko bergini... kenapa ni berlaku pada ko..... ko kena kuat mat! ko kena kuat!!!..

Mat: dol.. (suara berketar-ketar).. aku nampak cita-cita aku dol..... izinkan aku pergi dulu dol.. aku akan tunggu ko diiiiiii.... sa.... na...... ( nafas mat terhenti sampai di sini sahaja...)

kembalinya mat ke sisi Allah......

dol menangis tanpa henti.....

penyesalan dol dalam sendanya terhadap cita-cita mat amat ketara sekali, kini dol masih memerlukan sokongan untuk hidup di dunia.. di atas peristiwa tersebut, dol telah berubah cita-cita kepada cita-cita serta cintanya kepada syurga Allah yang kekal abadi...

Sekian, terima kasih....


02 January 2012

..Malam Pertama..


Anas r.a pernah berkata, “Mahukah kalian aku beritahu tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah diketahui dan didengar oleh manusia (yang masih hidup)? Hari yang pertama adalah hari di mana datang kepadamu pembawa berita dari Allah, baik dengan membawa keredhaanNya ataupun murkaNya (hari kewafatan), dan kedua iaitu hari di mana kalian dihadapkan kepada Allah untuk mengambil buku catatan amal, dengan tangan kiri atau tangan kanan. Sedangkan dua malam, adalah malam pertama kali di dalam kubur dan malam di mana pagi harinya dilenyapkan tatkala terjadinya Hari Kiamat.”

Ini lah jalanku yang abadi selamanya..

01 January 2012

Kembali kepadanya

Allah Ta'ala berfirman:


Maksudnya:

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata:" Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah". Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (Surah an-Nisa': 78)

Allah berfirman yang bermaksud: 

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh." (Surah an-Nisa': 78) 

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa seseorang manusia itu tidak boleh memisahkan dirinya dari ajal kematian. Seseorang itu pasti akan menempuhi maut sama ada dia berada di medan perang atau di atas hamparan. 

Orang yang benar-benar mulia mahu mati di medan perang sebagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Khalid Ibnul Walid r.a. ketika ia didatangi tanda-tanda mati (naza'), beliau berkata: "Sesungguhnya aku menyaksikan (menyertai) peperangan yang banyak (sejak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga zaman Umar Ibnul Khattab menjadi khalifah). Tubuhku dipenuhi dengan parut-parut luka akibat tusukan senjata musuh. Tetapi kini (dukacitanya) aku mati di atas hamparanku sebagai seorang pengecut." 

Khalid mengharapkan mati syahid di medan peperangan tetapi Allah menentukan dia mati di atas hamparan permaidani di rumahnya bukan di medan perang, menandakan bahawa ajal ditetapkan oleh Allah, tiada siapapun boleh mengubahnya walaupun seseorang itu mengharungi banyak medan peperang. 

Sesiapapun bila ditentukan matinya di sesuatu tempat dia akan pergi ke tempat itu ketika sampai ajalnya. Ini adalah penentuan dari Allah SWT. 

Maut akan memanggil kamu walaupun kamu berada dalam 'Buruj Musyayyadah'. Ulama berselisih pendapat dalam mentafsirkan ayat ini. Ada yang mengatakan ia bermaksud kota yang teguh dan tinggi. Setengah ulama berpendapat yang dimaksudkan dengan ayat ini ialah singgahsana dan istana-istana. Seorang raja akan mati walaupun duduk di atas singgahsana yang dikawal rapi dalam istana. 

Ulama' lain berpendapat ia bermaksud berada dalam istana yang dipagari kota yang teguh. 

Firman Allah yang bermaksud : 

"Dan kalau mereka memperolehi kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah," dan kalau mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu." (Surah an-Nisa': 78) 

Ini adalah ucapan orang-orang munafiq yang hidup dalam saf orang Islam. Ulama berkata yang dimaksudkan dengan kebaikan di sini ialah suburnya tanaman, anak dan keluarga semuanya berada dalam keadaan sihat. 

Sebaliknya apabila mereka ditimpa bencana seperti tanaman tidak subur, anak tidak sihat atau meninggal dunia mereka pula berkata ini adalah sial dari Muhamad s.a.w. Inilah ucapan pengikut Fir'aun ketika menentang Nabi Musa a.s. sebagaimana diceritakan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: 

"Apabila mereka memperolehi kebaikan, mereka berkata: "Kebaikan ini untuk kami semua," apabila ditimpa kejahatan mereka pula berkata: "Ini adalah sial Musa dan pengikut-pengikutnya." (Surah al-A'araf: 131).

Berkata setengah ulama' bahawa yang dimaksudkan dengan kebaikan itu ialah kemenangan yang dicapai dalam Peperangan Badar manakala yang dimaksudkan dengan keburukan itu ialah ujian yang diterima dalam Peperangan Uhud. 

Dalam peperangan Badar, orang Islam mencapai kemenangan walaupun berjumlah 313 orang sahaja. Mereka diberi kemenangan oleh Allah dan dapat menawan musuh. Ketika itu golongan munafiq berkata: "Ini adalah dari sisi Allah. Kami tidak boleh pergi ke medan kerana keuzuran." Padahal mereka tidak berhasrat untuk berjuang bersama-sama dengan orang-orang yang beriman dalam peperangan tersebut. 

Tafsir Al-Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang 
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 78
Ajal di tangan Allah

Wallahu'alam....

Sekalung tahniah


Credit to Nur syahida atas konvoHensemnye.. hahahaha sekalung TAHNIAH ye?!

Ku Menangis Di Pagi Tahun Baru 2012


2012 disambut oleh semua masyarakat di dunia dengan pelbagai ragam.. Tapi berlainan pula dengan cara aku, pada waktu subuh tahun baru aku telah sambutnya dengan penuh rasa kesedihan serta keredhaan.. Pemergian 2011 amat dirasai oleh aku, di dalam tahun ini lah aku mengenal erti kehidupan, perjuangan, serta menjadi orang yang bijak dalam membuat keputusan. Tapi, di dalam tahun ini juga lah aku telah membuat orang lain menangis kerana aku. Sesungguhnya Allah mengetahui yang mana terbaik bagi diriku.. Aku menangis kerana mu wahai tuhan ku yang satu.. Setiap dugaan darimu aku harunginya dengan penuh rasa syukur, kerana engkau amat menyayangiku dan memberiku dugaan serta cabaran. Tidak semua manusia engkau uji dengan dugaan, sebaliknya engkau membiarkan mereka menjadi lalai serta menjadi tamak dengan kehidupan... 
TERIMA KASIH ALLAH..

Kata Ibnu Qayyim "10 JENIS TANGISAN "


• Menangis kerana terlalu sedih
• Menangis kerana terasa hina dan lemah
• Menangis untuk mendapat belas kasihan orang
• Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis
• Menangis orang munafik - pura-pura menangis
• Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati
• Menangis kerana rasa takut
• Menangis kerana cinta
• Menangis kerana gembira
• Menangis kerana menghadapi penderitaan.


MENANGISLAH!!! BOLEH JADI IANYA ADALAH IBADAH!!! DAN BOLEH JADI IANYA AKAN MENYEDARKAN DIRI YANG PENUH DENGAN KEALPAAN!!!


Firman Allah Ta'ala yang bermaksu:
“ Dan bahawasanya DIA-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. ”
(An-Najm,43)


Jadi, ALLAH SWT yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti…kalaulah air mata itu di tampung nescaya banjirlah dunia ini.


Namun,tangisan itu tercela atau terpuji..?? Ada tangisan yang sangat tercela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangisan kerana takut akan azab dan siksa Allah SWT.


Rasulullah bersabda mafhumnya;


"Tujuh golongan yang mendapat naungan Allah pada suatu hari yang tidak ada naungan kecuali naungan Allah;…(dan disebutkan diantaranya) seseorang yang berzikir (ingat) kepada Allah ketika bersendirian kemudian air matanya mengalir"

( HR. al-Bukhari, Muslim dan lain-lainya )


dan juga dalam hadis lain mafhumnya,


"Barangsiapa yang mengingat Allah kemudian dia menangis sehingga air matanya mengalir jatuh ke bumi niscaya dia tidak akan diazab pada hari kiamat kelak"

(HR. Al-Hakim dan dia berkata sanadnya shahih)


Air Mata Yang Tiada Di Tuntut


• Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita.Bukan kah ALLAH yang telah menentukannya?


• Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah ALLAH tetapkan.


• Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.


• Janganlah menangis jikalau wang kita hilang di jalanan mungkin kita kurang bersedekah pada yang memerlukan. Dari itu...


Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari ILAHI. Serulah air matamu itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi wajahmu serta mensucikan hati agar putih kembali. Mudah-mudahan ia juga meleburkan dosa-dosa dan mendapat keampunan dari ILAHI.


 Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:


"Dan mereka menyungkurkan wajah mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk".

(QS. 17:109)




Ku titiskan air mataku ini buatmu YA ALLAH....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

singgahsana astaka

Radio buruk saya

Gegar Pantai Timur