17 September 2012
31 July 2012
seperti baru semalam...
Seperti baru semalam melihat saat org kafankan beliau.
sayu dan hiba ketika mata mengalirkan derus air di saat engkau pergi wahai adik yg terakhir.
ramai sahabat-sahabat serta saudara maramu yang datang saat itu, tapi engkau tetap layu di atas bantal dengan mata tertutup serta terus senyum seperti engkau hanya tidur di ketika itu.
apabila selesai, ku lihat ramai yang menangis dan ingin menatapmu buat kali terakhir. tapi, hanya satu yang engkau pesan sebelum pergi. "jangan la menangis ketika mataku ini tidak mampu untuk membukanya lagi dan segeralah semua menjalankan kewajibpan kamu untuk Allah, kerana aku kini milik Allah selamanya.
12 May 2012
....LUAHAN SI IBU UTK ANAK....
Terbit matahari pagi, terdengar suara yang merdu mengalunkan bacaan Al-quran... Oh, anakku.. bertapa rindunya hati ibu kepada mu itu.... Setiap detik dan waktu, ibu tidak akan pernah melupakan berdoa agar kau bahagia disana.. ibu tau nak, kau telah berjaya di dunia ini dengan impian kau yang sempurna walaupon ada juga impian kau tidak kau perolehi dengan baik... Ibu juga tau wahai anakku, kau tabah dalam harungi setiap dugaan yang kau tempuh... teringat ibu ketika kau bertanyakan soalan kepada ibu, " ibu, jika adik kawin nanti ibu tinggal sama ya?, sebab calon adik ni baik orangya dan dia keje kerajaan ! haha sambil kau gelak...." itu lah adik, belum sempat kau gembira lama di dunia... tapi kau telah bahagia di sana.... Ya ALLAH, kau jagalah anakku ini sebagaimana kau menjagaku di dunia ini dengan baik.... Aminn......
*cerita ini telah ditukarkan panggilan EMAK kepada IBU....
-marilah kita sama-sama sedekahkan AL-Fatihah kepadanya, serta doakan agar Allah merahmati beliau disana... Insyaallah....
Beliau telah kembali ke sisi Allah pda subuh 6 j'akhir atau 27/04(jumaat).....
08 May 2012
AL-FATIHAH...
Baru-baru ini penulis telah kembali ke sisi ALLAH, beliau juga merupakan orang yang mudah didekati dan mesra kepada semua orang. Beliau juga berharap agar sahabat-sahabatnya sentiasa mendoakan kejayaan beliau di dunia serta akhirat.
Al - Fatihah......
Semoga Beliau ditempatkan golongan orang yang beramal Soleh serta Segala pejalananya di dunia mendapat keberkatan oleh ALLAH s.w.t..........
nukilan dari ahli keluarga..
Al - Fatihah......
Semoga Beliau ditempatkan golongan orang yang beramal Soleh serta Segala pejalananya di dunia mendapat keberkatan oleh ALLAH s.w.t..........
nukilan dari ahli keluarga..
18 April 2012
Demi Allah, aku melepaskannya kejalanmu..
Petang di madinah, keadaan menjadi tenang selepas solat isyak.. Tapi, tiba-tiba dalam fikiran ingin mendoakan sesuatu.. dengan segera aku merapatkan tanganku lalu berdoa kepada Allah agar ini menjadi kekuatan pada semua yang berlaku.. dalam tidak sedar aku menangis bila menyebut namanya, kerana aku tau ia adalah sebaik-baik teman yang pernah muncul dikala doa ku kepada Allah sebelum ini.. Alangkah terkejut dengan pemergiannya kerana dia cukup sempurna dimata serta dihati jika sesiapa milihatnya.. "Ya Allah, sesungguhnya memang benar kata-kata mu.. ia akan muncul jika aku merayu padamu, tapi hanya aku yang leka serta alpa ketika itu.. "maafkan aku wahai Allah..
Tiba di Mekah, aku segera berada dihadapan ka'abah.. aku tidak terbayang bagaimana keadaan aku ketika itu yang tidak berhenti-henti mengucap syukur kepada Allah kerana menerima aku disini.. Aku tidak melepaskan peluang untuk beribadat sebaik mungkin, kerana ini lah harapan aku selama ini yang ingin menjadi hamba yang setia kepada penciptanya..
Di dalam bilik hotel, aku membaca nukilan kecil yang pernah aku tuliskan untuk berdoa kepada yang pernah mengirimkan doa kepada ku.. aku berdoa satu persatu agar tidak tertinggal walau satu pon.. Sangkaan aku hanya berdoa, tetapi dalam banyak2 doa itu,.. ada yang mengingatkan aku kembali pada seorang gadis.. Hatiku menjadi sayu tiba-tiba, aku terbayangkan wajahnya ketika ia senyum terlalu manis kepadaku dahulu.. Aku mendoakan untuknya sentiasa agar ia bahagia bersama-sama keluarga serta kehidupannya kini.. Sedang aku berdoa istikarah kepadanya, hatiku kembali tenang dengan setenangnya.. mungkin ini dinamakan Jodoh Milik Allah.. aku tau, amat sukar untuk aku menjadi miliknya kini.. apa yang aku harapkan agar menjadi milikku di Al Jannah Allah nanti.. Demi keizinan hanya tuhan ku Allah s.w.t..
Hari terakhirku di Kota Suci Mekah amat sayu, aku menatap ka'abah dengan tenang.. tanpa aku sedari, aku menitis air mata yang panjang dan harapan aku adalah ingin menjadi tetamu di sini lagi.. Insyaallah..
Sampai di tanah air, berita yang paling gembira aku dengar adalah ia akan bertunang bulan depan.. Sesungguhnya Allah memakbulkan doa hambanya, begitu lah yang aku harapkan untuk melihat kegembiraan yang terpancar di wajah-wajah mereka..
Setiap waktu aku pasti berdoa agar Allah sentiasa bersama aku dikala aku lemah dan gembira.. kadang-kadang Allah temukan aku dengan sesuatu, aku mamfaatkan dengan sebaik mungkin agar ia tidak menjadi yang terakhir untuk aku laksanakan..
Hari berlalu dan terus berlalu.. ruangan sosial ku semakin menyepi dan terus menyepi kerana aku tau yang aku tidak layak untuk bersosial lagi.. Masa aku di tikar sejadah menjadi padat, aku lunaskan ape yang aku dah pernah tinggalkan dahulu.. Di saat manusia makin leka dengan kehidupan, aku mengambil peluang ini untuk bersama Allah bagi aku setiap nafasku hanya milik Allah..
Kepada u, Selamat Bertunang !.. i nak u tau, yang i gembira bila dengar berita ni.. Semoga u menjadi insan yang gembira dan sentiasa bersama Allah..
emmmm... tersedarku dari mimpi, rupanya aku berdoa untuk dia dalam mimpi.. ini lah dikatakan semuanya milik Allah dan sentiasa berdoa.. ia akan sentiasa menjadi doa harian kita.. Insyaallah..
Baik lah, DEMI ALLAH, AKU MELEPASKANNYA KEJALANMU.. semoga apa yang berlaku selepas ini adalah menjadi pentunjuk dan harapan kepada aku dan semua untuk meneruskan hidup.. Aminn...

05 March 2012
KITA MILIK ALLAH
"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam".
Seringkali
ak berniat untuk bertahajud pada malam hari, memohon segala hajat,
mengadu segala kekusutan kepada Yang Maha Mengetahui. Namun, seringkali
itu juga aku tewas dek segala pujuk rayu syaitan. Teringat aku pada
sepotong ayat yang disebut dalam kitabihil 'aziz. Wajah orang-orang yang
beriman jelas disebut dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud (pada air muka mereka kelihatan keimanan dan kesucian hati mereka)....." (al-Fath : 29 )

Malunya
aku kepada Baginda s.a.w. Aku hanya seorang umat yang biasa tetapi
tidak mampu untuk bertahajud secara istiqamah, sedang baginda adalah
seorang pemimpin besar, seorang utusan Allah bagi melaksanakan misi
dakwah ke seluruh pelusuk alam.
Rasulullah
s.a.w. adalah seorang insan yang telah dijamin oleh ALLAH S.W.T. akan
masuk ke syurga. Baginda s.a.w. juga merupakan sebaik-baik manusia malah
digelar Sayyid al-Mursalin iaitu penghulu segala Rasul. Baginda
merupakan seorang insan yang maksum dan bebas dari sebarang bentuk dosa.
Walaupun dengan kedudukan baginda s.a.w.
yang sebegini sempurna tetapi baginda tetap bersungguh-sungguh dalam
mengerjakan solat Tahajjud sehingga bengkak-bengkak kakinya.
Isterinya `Aishah r.a melihat sendiri kesungguhan luar biasa baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah s.a.w. masih ingin bersusah payah melakukan ibadah tersebut sedangkan dia adalah seorang yang maksum. Kisah ini telah disampaikan oleh `Aishah r.a sendiri di dalam sebuah hadis:
Sungguh Nabi s.a.w. solat malam hingga kedua tapak kakinya merekah. `Aishah berkata kepada baginda: “Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal ALLAH telah mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang.”

Baginda bersabda: “Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur?” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahih al-Bukhari, Kitab Tafsir al-Qur’an, hadis no: 4837.
MARI KITA LIHAT
“Dan
bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat
Tahajjud” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga TUHANmu
membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. –
al-Israa’ (17) : 79
“Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman
Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana)
sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN
mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang
berbuat kebaikan. Mereka
sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka
tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu
beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)”. – al-Dzaariyaat (51) : 15-18
“Sungguh
di dalam syurga terdapat kamar-kamar yang bahagian dalamnya terlihat
dari dalam. Kami bertanya: “Untuk siapa (kamar-kamar itu) Ya
Rasulullah.” Sabda baginda: “Kamar-kamar
itu ALLAH sediakan untuk orang yang memberi makan, melembutkan
perkataan, mengiringi puasa ramadan, menebarkan salam, dan asyik solat
malam di saat manusia lain terlelap tidur.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi di dalam Sunan Tirmidzi, Kitab al-Bir wa al-Shalah, hadis no: 1907.
“Dan hamba-hamba (ALLAH)
al-Rahman (yang diredhai-NYA) , ialah mereka yang berjalan di bumi
dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang
adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan
yang selamat dari perkara yang tidak diingini; dan mereka
(yang diredhai ALLAH itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada
TUHAN mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri”. – al-Furqaan (25) : 63-64
“Sesungguhnya
yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah
orang-orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan
ayat-ayat itu,
mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan
menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji TUHAN mereka, dan
mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana
mengerjakan solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa
kepada TUHAN mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-NYA) serta
dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-NYA) ; dan mereka
selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang KAMI beri kepada
mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu
persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis
nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan
bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan”. – al-Sajdah (32) :
15-17
SENTIASA BERUSAHA KE JALANMU YA ALLAH...
Subscribe to:
Posts (Atom)
singgahsana astaka
Radio buruk saya
Gegar Pantai Timur